
Malam Kedah Darul Aman (KDA) FC Perdana 2023 yang julung kali diadakan pada Sabtu ini di Stadium Darul Aman bakal menjadi acara tahunan kelab tersebut.
Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sesi jelajah pra-musim di Eropah juga akan menjadi acara tahunan pasukan kesayangan penyokong Sang Kenari.
“Saya dengan hormat dan kasih ingin menjemput semua penyokong dan peminat Sang Kenari datang beramai-ramai ke Malam KDA FC Perdana di awal musim 2023 di Stadium Darul Aman pada 18 Februari 2023 jam 8 malam.
“InsyaAllah, Malam KDA FC akan menjadi acara tahunan di Kedah. Begitu juga sesi jelajah pra-musim di Eropah akan menjadi acara tahunan pasukan kesayangan kita. Biar Sang Kenari terbang di udara yang laju dan kuat. Semakin tinggi terbang, semakin mantap persiapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, semua penyokong diajak untuk bersama-sama meraikan apa sahaja yang rapat, intim dan unik dengan Sang Kenari.
Pada malam itu turut dilancarkan jersi dan pengumuman penaja serta lagu terbaru KDA FC.
“Kehadiran anda semua di sarang Sarang Kenari adalah manifestasi yang jelas kepada permulaan yang baik di era baru. Era terbang dari tanah rendah ke tanah tinggi,” katanya lagi.
Add Comment