
Naib Presiden Inter Milan dan juga bekas pemain antarabangsa Argentina, Javier Zanetti bakal menjadi tetamu istimewaKelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan Piala Sumbangsih pada 24 Februari ini.
Aksi menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim itu juga Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa, Setiausaha Agung Judo UAE Naser Al Tamimi dan ejen bolasepak terkenal Morris Pagniello.
JDT dalam satu kenyataan berkata, para tetamu turut akan mengunjungi Pusat Latihan kelab itu dalam rangka lawatan mereka ke Johor Bahru.
“Selain dari mengunjungi Harimau Selatan, lawatan ini juga bertindak sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya.
Zanetti bersama Inter Milan menjuarai beberapa kejohanan berprestij antaranya lima trofi Serie A dan empat kejuaraan Coppa Italia.
Di peringkat Eropah, pemain ini berjaya membantu Inter Milan menang dalam perlawanan ke-700nya, iaitu perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2010.
Kejayaan itu melengkapkan gelaran “treble” bagi Inter Milan dan kelab itu menjadi kelab Itali pertama membuat rekod bersejarah itu.
Pada peringkat antarabangsa, beliau telah memegang rekod pemain memiliki kaps terbanyak dalam pasukan Argentina dan juga beraksi dalam dua edisi Piala Dunia serta lima kejohanan Copa America.
Add Comment