
Juara quadruple Liga Malaysia (Liga-M) 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) melihat aksi
pra-musim 2023 di Dubai pentas terbaik bagi terus membaiki prestasi pasukan sebelum menghadapi saingan baharu pada penghujung Februari ini.
pengendali JDT, Esteban Solari sentiasa mengingatkan pemainnya bahawa kelab itu mempunyai standard yang tinggi dan setiap masa pasukan mahu memperbaiki prestasi.
“Ini adalah isu utama apabila kami membuat keputusan untuk datang ke sini (Dubai), bagi bertemu pasukan yang baik, mempunyai pemain yang baik dan mempunyai posisi yang baik dalam (saingan) liga seperti liga kelab Rusia.
“Saya juga mahu pemain mempunyai ‘growmindset’ yang bermaksud mereka perlu belajar daripada setiap perlawanan mereka selain perlu bekerja keras bagi mencapai ‘daya tahan’ kerana ia adalah penting untuk pemain bola sepak,” katanya.
Jelasnya, pemain sudah dinyatakan perlu
memberikan persembahan terbaik untuk pasukan dan apa yang penting, mereka faham tentang sistem permainan untuk memberikan potensi terbaik mereka.
“Selain itu, kami juga bekerja ke arah ketersediaan pemain bagaimana hendak melakukan ‘build up’ dan bagaimana mahu mencipta rentak (permainan) selain bagaimana untuk bertahan. Inilah yang kami lakukan ketika ini dan saya rasakan pasukan menunjukkan respons yang baik setiap hari,” ujarnya lagi.
Add Comment