Bola Sepak

Thailand tidak sertai Pestabola Merdeka


Thailand baru sahaja bergelar juara Piala AFF 2022. FOTO FA THAILAND

Juara Piala AFF 2022, Thailand mengesahkan tidak menyertai kejohanan Pestabola Merdeka anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada September.

Memetik ASEAN Football, Thailand menarik diri disebabkan pada waktu yang sama Pestabola Merdeka diadakan, King’s Cup juga dianjurkan di negara tersebut.

“Setiausaha Agung FAT, Patis Supaphong menyatakan pasukan Thailand sudah mempunyai perancangan ketika kalendar FIFA pada September dan sudah menganjurkan Piala Raja Thailand.

“FAT juga sedang menjemput beberapa pasukan untuk beraksi dalam saingan piala berkenaan,” kata laporan sebuah media Thailand.

FAM sebelum ini menyasarkan Thailand, Vietnam, Palestin dan Syria untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.

Buat masa Ini hanya pasukan India sahaja mengesahkan bakal menyertai Pestabola Merdeka jika kejohanan itu diadakan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d