
Pestabola Merdeka 2023 yang bakal berlangsung pada September Ini mungkin ditonton ratusan juta penyokong bolasepak apabila India yang berada di ranking ke-106
sah menyertai Kejohanan Ini.
Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Shaji Prabhakaran menerusi laman media sosialnya berkata, perbincangan telah diadakan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan mengesahkan India akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Penyokong bolasepak negara itu yang mempunyai penduduk seramai 1.4 billion sebelum ini mengecam FAM kerana India tidak berada dalam senarai pasukan yang bakal dijemput selepas AIFF antara pihak yang mencadangkan Pestabola Mereka diadakan semula.
Pengesahan Shaji pastinya disambut baik oleh peminat bola sepak di negara itu sekaligus juga pemasaran yang baik untuk Kejohanan yang dianjurkan oleh FAM.
Sebelum ini Palestin (93) atau Syria (90) serta dua pasukan serantau Vietnam (96) dan Thailand (111) antara sasaran untuk dijemput nanti.
Semua pasukan yang dijemput mempunyai ranking lebih baik daripada Malaysia dan merupakan peluang terbaik buat Kim Pan Gon mempersiapkan pasukan terbaik Harimau Malaya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed sebelum ini dilaporkan berkata, selain mencari pasukan berada di ranking lebih tinggi, beliau juga mahu menjadikan pentas Pestabola Merdeka ini sebagai persediaan terbaik buat barisan pemain negara kendalian Pan-gon diuji sebelum menyertai Piala Asia di Qatar, Januari depan.
Add Comment