Bola Sepak

FAM kongsi hala tuju Harimau Malaya bersama PM


Anwar (kiri) menerima sehelai jersi daripada FAM yang disampaikan oleh Hamidin. FOTO FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berbesar hati apabila dapat berkongsi agenda terkini hala tuju industri bola sepak tempatan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.


Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin meluangkan masa selama satu jam terutama persiapan skuad Harimau Malaya yang akan berdepan perlawanan Separuh Akhir 1 menentang Thailand pada Sabtudi Stadium Nasional Bukit Jalil.


Beliau juga memaklumkan persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala Asia pada Januari 2024, yang mana Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak secara merit selepas tempoh 43 tahun, Jun tahun lalu.

“Saya juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting bola sepak negara terutama perlawanan utama membabitkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

“Pertemuan ini amat bermakna bagi kami dalam merencana hala tuju masa depan bola sepak negara terutama menjelang perlawanan penting Harimau Malaya, esok.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar, kerana memberi saya ruang berkongsi visi dan misi FAM, F:30 serta perkembangan pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan di Putrajaya,” kata Datuk Haji Hamidin.

Beliau diiringi Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai dan pembangunan pengadil.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: