Bola Sepak

Separuh Akhir AFF: hanya 59,000 tiket dijual di Bukit Jalil


Penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada Malaysia semasa menentang Singapura pada malam Selasa.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan sebanyak 59,000 tiket dijual sempena Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jali pada Sabtu ini.

Menurutnya, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

“Situasi ini tidak dapat dielakkan yang mana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Perkara ini memastikan aksi skuad Harimau Malaya di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 ini tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, tiket bagi aksi separuh akhir pertama ini kekal dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.

Katanya lagi, keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura, malam tadi.

“Ia sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 setakat ini.

“Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama itu hanya akan dijual secara dalam talian di http://www.tickethotline.com.my bermula jam 3.00 petang ini. Tiada penjualan di kaunter,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading