Bola Sepak

Singapura akui ‘tertekan’ kehadiran puluhan ribu ekor Harimau Malaya


Sokongan padu penyokong negara bantu tingkatkan motivasi pemain negara.

Sokongan padu kira-kira 65,000 penyokong Harimau Malaya dilihat menjadi antara faktor fokus Singapura terganggu sebelum tumpas kepada Malaysia 4-1  pada aksi Kumpulan B Piala AFF 2022 pada malam Selasa.

Ketua Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya mengakui aura puluhan ribu penyokong tuan rumah membuatkan pemainnya beraksi dalam keadaan sukar.

“Keputusan agak mengecewakan, tapi pemain saya dah tunjukkan potensi yang besar.

“Malaysia mendapat sorakan daripada penyokong yang datang ke stadium dan ia menjadikan perlawanan agak sukar,” katanya pada sidang media.

Malaysia memperolehi gol menerusi jaringan Darren Lok pada minit 35, Stuart Wilkin (m-51 dan 54) sebelum Sergio Aguero menutup malam gemilang kemenangan 4-1 pada minit ke-88.

Singapura pula mendapat gol saguhati menerusi Faris Ramli pada minit 85.

Malaysia muncul naib juara Kumpulan B dengan meraih sembilan mata di belakang Vietnam dengan 10 mata yang menjadi juara kumpulan.

Malaysia bakal bertemu Thailand pada separuh akhir di Bukit Jalil pada Sabtu sebelum aksi timbal balik di laman lawan pada 10 Januari.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: