
Penaung Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar percaya satu persembahan menarik akan disajikan pada aksi pasukannya menentang Juara Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman pada Selasa.
Menurutnya, beliau mengharapkan Sang Kenari akan kembali bangkit dari kekecewaan selepas tewas tipis 0-1 kepada PJ City pada Sabtu.
“Malam esok, Sang Kenari akan menerima kehadiran pasukan yamg disegani dari selatan Tanah Air, pasukan JDT. Saya dapat rasa ini satu perlawanan yang klasik yang menjanjikan banyak aspek ‘good football’. .
“Kita ingin melihat kualiti persembahan yang terbaik daripada kedua-dua pasukan yang belum lagi bertemu sepanjang musim 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau dan KDA FC ingin menjemput para penyokong Sang Kenari untuk datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kita dan juga menyaksikan aksi perlawanan bola sepak yang bermutu tinggi.
Menurutnya, semoga setiap pemain dalam pasukan Sang Kenari dapat memberikan komitmen yang tinggi memperbetulkan kesalahan dan ingin membuat ‘come back’ yang jelas visualnya dan tinggi frekuensinya.
“Jom kita mai ghamai-ghamai menyokong pasukan kita, Sang Kenari bertempur dengan satu pasukan yang telah mempamerkan aksi cemerlang.
Sokongan anda amat bermakna kepada Sang Kenari,” ujar beliau lagi.
Add Comment