Bola Sepak

127 terkorban, pihak berkuasa masih mengenalpasti mangsa cedera.


Kanak-kanak antara yang menjadi mangsa korban rusuhan penyokong bolasepak di Indonesia semalam.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo melaporkan angka korban setakat ini mencecah 127 orang dan pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera dalam rusuhan penyokong aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya pada semalam.

Rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang itu bermula selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan tersebut.

Menurut AGENSI, Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.

Pemain-pemain Persebaya segera meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.

Berdasarkan laporan, mangsa terkorban  turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Susulan kejadian tersebut, Liga Indonesia digantung selama seminggu bagi menjalankan siasatan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: