Bola Sepak

Ujian pertama Cheng Hoe bertemu Melaka United


Cheng Hoe menyeru penyokong Selangor agar memenuhi Stadium MBPJ pada malam Sabtu ini. FOTO SELANGOR FC

Pengendali baharu The Red Giant, Tan Cheng Hoe mengharapkan sokongan padu penyokong pasukan tersebut untuk hadir memberikan sokongan pada aksi Selangor menentang Melaka United pada malam Sabtu di Stadium MBPJ.

Aksi menentang Melaka United adalah ujian pertama buat bekas pengendali kebangsaan itu selepas sah dilantik untuk mengemudi skuad Selangor pada 24 September lalu.

Pasukan lawan mempunyai rekod baik apabila pertemuan terakhir antara dua pasukan ini berpihak kepada mereka yang berjaya mengatasi Selangor 2-0 pada 5 Julai lalu di Stadium Hang Jebat.

“Penyokong Selangor memberikan sokongan yang cukup baik kepada diri saya dan saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“Datanglah beramai-ramai untuk menyokong pasukan Selangor pada Sabtu ini,” ujar beliau.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: