Bola Sepak

FAM terima kunjungan Presiden MUSA, bincang hala tuju Melaka


FOTO FAM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad pada Khamis bagi membincangkan hala tuju dan perkembangan terkini bola sepak Melaka. 

Nur Azmi diumumkan sebagai Presiden MUSA dalam kenyataan rasmi diumumkan MUSA pada 4 Ogos lalu, selepas mendapat mandat daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya yakin pelantikan beliau selaku Presiden MUSA yang baharu bakal memacu sukan bolasepak negeri Melaka ke tahap lebih baik pada masa hadapan.

“Baru sahaja dilantik, beliau mengambil inisiatif hadir ke FAM untuk membentangkan secara terperinci mengenai hal ehwal bola sepak Melaka termasuk perkembangan pemain,” kata Datuk Haji Hamidin.

Pengalaman Nur Azmi dalam kepimpinan sukan tidak asing lagi antaranya pernah menjawat jawatan penting di beberapa badan sukan antaranya Naib Presiden MOM, Presiden Karate Malaysia dan Bekas Timbalan Presiden Hoki Malaysia.

Beliau juga diberi kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA XXI 2021 di Hanoi, Vietnam yang berlangsung Mei lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading