
Wakil Malaysia di pentas Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City FC terus melakarkan sejarah apabila mara ke separuh akhir interzone selepas membelasah PSM Makassar 5-2 pada final Zon Asean di Stadium Kuala Lumpur Cheras sebentar tadi.
Ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josue berjaya memimpin dengan tenang termasuk menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut.
Jaringan dilakukan pada minit ke-54 hasil sepakan penalti dan satu lagi menerusi satu rembatan deras selepas memanfaatkan bola yang ditampan penjaga gol lawan pada minit ke-84.
Tiga lagi jaringan masing-masing menerusi Romel Morales pada minit ke-33, Jordan Mintah pada minit ke-47 dan Hadin Azman yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-94.
The City Boys dijadualkan bertemu pasukan dari India, ATK Mohun Bagan di peringkat separuh akhir Interzone
Walaubagaimanapun bergantung kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFa) selepas Keahlian Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) digantung.
Perkara itu dilaporkan berkuat kuasa serta-merta kerana “pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga”.
Namun penggantungan itu akan ditarik balik sebaik sahaja perintah untuk menubuhkan jawatankuasa pentadbir untuk mengambil alih kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF dimansuhkan dan pentadbiran AIFF kembali mengawal sepenuhnya urusan harian pertubuhan itu.
Add Comment