Bola Sepak

KL City tampil berbeza ‘gempur’ PSM Makassar


Kedua-dua pasukan selepas sidang media pada Selasa.

Kuala Lumpur City FC bakal tampil dengan skuad berbeza pada pentas final Zon Asean Piala AFC 2022 bertemu PSM Makassar di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam Rabu.

Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, kehadiran beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan pada peringkat kumpulan bertemu lawan dari Indonesia diharapkan mampu memberikan kelebihan.

“Tiada gol dijaringkan ketika bertemu mereka di peringkat kumpulan namun  saya masih ingat kami dinafikan oleh tiang gol sebanyak dua kali.

“Kami sekarang skuad yang berbeza berbanding dua bulan lalu. Kini ada Jordan Mintah, Kyrian Nwabueza dan Kevin Koubemba. 

“Saya percaya dengan kemampuan pemain dan barisan pertahanan juga berada dalam keadaan yang bagus,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Jelas Bojan, beliau melihat lawan yang akan dihadapi anak buahnya itu tetap memberikan cabaran sengit walaupun kehilangan dua tonggak iaitu Agung Mannan dan Yuran Fernandes yang dilayangkan kad merah semasa menang ke atas Kedah Darul Aman FC 2-1 pada peringkat separuh akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: