Bola Sepak

Negeri Sembilan terlepas peluang cabar kedudukan Sabah


FOTO CAKAP SUKAN

Negeri Sembilan FC gagal mengugat Sabah FC di tangga kedua Liga Super 2022 apabila tewas tipis 1-0 kepada Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Cheras pada malam Khamis.

Rekod cemerlang skuad Rusa yang menang lapan kali berturut-di laman lawan juga lebur di tangan skuad Kuala Lumpur City.


Skuad warga kota memperolehi gol penting itu menerusi Paulo Josue pada masa tambahan separuh masa pertama selepas menanduk masuk sepakan penjuru Zhafri Yahya.


Kekalahan tersebut menyaksikan Negeri Sembilan terus kekal di tangga ketiga liga super dengan 32 mata selepas 17 perlawanan.


Kuala Lumpur City pula membaiki kedudukan ke tempat enam liga selepas mengumpul 21 mata selepas 16 perlawanan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: