Bola Sepak

Farhan ranapkan impian bekas pasukannya


FOTO MFL

Bekas Messi Kedah, Farhan Roslan membantu Pasukannya, Sabah FC menjaringkan gol penyamaan mengikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-1 pada aksi Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Perlawanan yang seolah-olah bakal memihak kepada tuan rumah akhirnya dileburkan oleh Farhan pada minit ke-84 yang menjaringkan gol selepas menerima hantaran Saddil Ramdani.

KDA FC terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-6 menerusi Ronald Ngah Wanja bagi mengamatkan stadium tuan rumah.

Impian Sang Kenari yang mahu meraih tiga mata penuh bagaimanapun gagal namun masih berjaya membaiki kedudukan liga super ke tangga keenam dengan 18 mata selepas 14 perlawanan.

Sabah FC yang keciciran mata masih berada di tangga kedua liga super dengan 35 mata selepas 16 perlawanan.  


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d