Bola Sepak Komuniti

Akademi Tunas NFDP Perlis juara Kejohanan Yakult Piala Global 2022


FOTO NFDP

Akademi Tunas (AT) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah menjadi juara Kejohanan Yakult Piala Global 2022 yang dianjurkan pada hari Ahad yang lalu bertempat  Padang Bola Sepak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Sementara itu, pasukan Seahawk Lion dari Kuala Lumpur menjadi Naib Johan dalam kejohanan ini sementara Akademi Tunas Kelantan mendapat tempat ketiga. 

Kejohanan yang memasuki musim kedua itu dianjurkan oleh Yakult Malaysia dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Sportflex Malaysia menampillan 16 pasukan terbaik seluruh Malaysia yang di pilih menerusi kejohanan peringkat zon sepanjang bulan Julai yang lalu.

Mengulas mengenai kejayaan penganjuran kali kedua, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase menjelaskan program ini telah disusun oleh Yakult Malaysia sebaik sahaja keadaan pendemik Covid 19 telah sedikit pulih dan aktiviti-aktiviti sukan boleh dijalankan.

FOTO NFDP

Ianya juga adalah bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak untuk berada dalam keadaan kesihatan yang baik disamping memberi sumbangan kepada pembangunan bola sepak negara ini.

Program ini juga adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu “Kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia.” 

Oleh yang demikian, pihak Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik selain daripada menghasilkan persekitaran yang sihat.

FOTO NFDP

“Program YGC kali kedua ini telah di rancang sejak tahun 2020 lagi dan hanya dapat dijalankan pada tahun ini. Melalui program ini, kanak-kanak yang terlibat dapat meningkatkan tahap kesihatan diri melalui acara sukan sebegini selaras dengan falsafah Yakult yang inginkan membantu ke arah hidup yang sihat. Selain itu juga, kejohanan ini dapat membantu ke arah pembangunan bola sepak negara ini yang lebih baik”

Sementara itu, pemain terbaik kejohanan Muhd Haziq Fikri Zolkiflee dari pasukan Akademi Tunas Perlis berharap agar beliau mampu menjadi seorang pemain bola sepak profesional satu hari nanti dan cita-citanya untuk memasuki Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) akan tercapai.

“Saya rasa gembira sebab menang hari ini dan berharap akan menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya nanti. Saya bercita-cita untuk memasuki AMD sebab di sana mereka boleh bantu saya untuk pergi lebih jauh dalam bola sepak ini”.

FOTO NFDP

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: