
Tonggak utama Liverpool, Mohamed Salah menarik perhatian peminat dunia apabila turut mendermakan sebanyak RM702,690 membantu sebuah gereja di Mesir yang terbakar pada Ahad lalu.
Memetik laporan The Sun UK, tragedi yang mengorbankan 41 nyawa terletak di bandar Giza, Mesir turut menarik perhatian Salah yang pantas menghulurkan bantuan.
Tindakan Salah mendapat pujian seluruh rakyat Mesir di platform media sosial dan turut disahkan oleh media tempatan.
Pemain bintang bolasepak itu sememangnya seorang pemurah kerana pernah juga memberikan bantuan bernilai RM13.4 juta kepada Institusi Kanser Kebangsaan Mesir selepas terlibat dalam serangan pengganas hingga mengorbankan 20 orang.
Salah juga menghulurkan bantuan lebih RM2.7 juta untuk peralatan penting kepada sebuah hospital kanser kanak-kanak di tanah airnya itu.
Add Comment