Bola Sepak

JDT mahu sekat gerakan pantas Urawa United


Hector kagum dengan semangat dan kesungyuaj ditunjukkan oleh pemain JDT. FOTO JST

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menjelaskan beliau telah mengkaji corak permainan pasukan Jepun, Urawa United yang bakal dihadapi mereka di pentas 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 malam ini.

Menurutnya, persediaan rapi telah dilakukan malah kagum dengan kesungguhan semua pemainnya yang sentiasa memberikan komitmen tinggi pada setiap sesi latihan dan perlawanan sebenar.

“Saya sudah meneliti gaya permainan Urawa Red. Pasukan ini gemar memberikan asakan awal, jadi perkara utama yang bakal dilakukan oleh JDT adalah untuk mendapatkan bola. Jika kami melakukannya, ia akan lebih mudah buat kami,” katanya pada sidang akhbar.

Selepas memimpin Harimau Selatan menang tiga aksi berturut-turut di Liga Super 2022 setelah mengambil alih tugas dari Benjamin Mora, kini Hector berdepan tugas lebih sukar di pentas ACL 2022.

Jelas beliau, JDT mampu melakar sejarah mara ke peringkat suku akhir jika memberikan aksi 100 peratus dalam usaha menjinakkan Urawa United 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: