
Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir AFC Champion League (ACL) 2022 apabila tewas 5-0 kepada Urawa Red Diamonds pada pusingan kalah mati sebentar tadi.
Pasukan Jepun itu jelas memberikan tekanan kepada Harimau Selatan apabila berada di hadapan seawal minit ke-8 apabila dihadiahkan sepakan penalti dan mudah disempurnakan Alexander Scholz untuk meletakkan mereka di hadapan 1-0.
Urawa Red semakin selesa apabila berada di hadapan 2-0 selepas David Moberg Karlsson menyempurnakan sepakan percuma yang terus menerjah gawang gol pada minit ke-19.
Karlsson terus menambah derita JDT apabila menjaringkan gol keduanya pada minit ke-39 untuk meletakkan pasukannya 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pemain gantian Urawa Reds, Kasper Junker menutup peluang JDT untuk bangkit apabila menjaringkan gol pada minit ke-84 dan 91 untuk menang besar 5-0 ke atas JDT serta mara ke pusingan seterusnya.
Add Comment