Bola Sepak

Terengganu gagal jinakkan JDT di laman sendiri


FOTO JST

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencengkam persada Liga Super 2022 apabila menewaskan Terengganu FC 1-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Harimau Selatan mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan liga untuk mengumpul 38 mata selepas 14 perlawanan.

Kemenangan tersebut terus menjarakkan kedudukan dengan Sabah di tangga kedua dengan 34 mata selepas 15 perlawanan dan Negeri Sembilan di tangga ketiga dengan 29 mata selepas 15 perlawanan.

Pada aksi tersebut, Bergson da Silva terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-32 manakala Fernando Forestieri pula menggandakan kelebihan JDT pada awal babak kedua minit ke-47 untuk kedudukan 0-2.

Bagaimanapun, Hakimi Abdullah merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-51 untuk 1-2 namun keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d