Bola Sepak

Azri Ghani julang KL City ke pentas final Zon Asean Piala AFC


FOTO FB KUALA LUMPUR CITY

Ketenangan penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani yang mengagalkan sepakan penalti keenam pemain Viettel membawa pasukannya ke pentas final Zon Asean Piala AFC 2022 selepas menang 6-5 melalui penentuan sepakan penalti pada Rabu.

The City Boys terus mengibarkan bendera negara untuk ke pentas akhir selepas satu lagi wakil negara, Kedah Darul Aman tewas kepada PSM Makassar 2-0 pada satu lagi aksi separuh akhir pada Selasa.

Pada aksi sebenar kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh City biarpun kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Perlawanan tersebut terpaksa diheretkan ke perlawanan sebenar namun kedua-dua pasukan juga buntu untuk mencari jaringan sebelum pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kuala Lumpur City kembali bertemu PSM Makassar di pentas final selepas sebelum ini kedua-dua pasukan berentap di peringkat Kumpulan Piala AFC 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: