Bola Sepak

The City Boys taja tiket perlawanan, pengangkutan tempatan penyokongnya di Vietnam


Kehadiran penyokong mampu tingkatkan motivasi Kuala Lumpur City di Vietnam. FOTO KUALA LUMPUR CITY

Kuala Lumpur City FC mengumumkan menaja tiket perlawanan dan pengangkutan tempatan bagi penyokong mereka yang hadir memberikan sokongan pada separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022 di Ho Chi Minh City, Vietnam malam Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City, Stanley Bemard berkata, pasukan The City Boys’ yang akan membuat kemunculan pertama dalam tempoh 28 tahun di tahap kalah-mati peringkat ASEAN, amat berbesar hati dan teruja untuk memliki sokongan sedemikian.

“Cabaran yang dihadapi penyokong,  peminat untuk menghadiri (perlawanan) separuh akhir ini adalah pelbagai seperti kewangan, lojistik dan masa. Mereka telah membuat banyak pengorbanan untuk berada di sini. 

“Diharapkan agar inisiatif ini membenarkan majoriti penyokang kami yang akan hadir untuk lebih selesa dan menikmati sahaja pengalaman ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, Kuala Lumpur City telahpun menguruskan tiket perlawanan dan bas tempatan untuk membawa penyokong ke detik bersejarah ini yang bakal disaksikan di Stadium Thong Nhat menghadapi cabaran sengit menentang Viettel FC.

“Walaupun dengan kemampuan terhad, amatlah penting kepada kami untuk memperakui iltizam dan azam yang ditunjukkan oleh para peminat yang datang dari tanah air semata-mata bagi meletakkan sokongan padu tidak berbelah bahagi di belakang pasukan Bojan Hodak.

“Pihak KLCFC mengharapkan tanda penghargaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos yang ditanggung penyokong, serta memberikan pengalaman manis di Saigon yang akan dikenang untuk bertahun lamanya,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: