Golf Terkini

Kejohanan TSM Golf Challenge kembali untuk cungkil bakat


DARI kanan: Pengarah Kejohanan, Azmi Jusoh; Wan Shalihudin Wan Ibrahim, Presiden TSM Golf Challenge, Datuk Ir. Zainuddin Mohd. Radzi; Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Setiausaha Kehormat MGA, Zulkifli Ismail bergambar bersama Piala Pusingan TSM Golf Challenge di KLGCC.

PETALING JAYA: TSM Golf Challenge kembali menjadi platform terbaik untuk pemain-pemain golf amatur negara ini menonjolkan bakat dalam kejohanan berpestej ini yang bakal berlangsung pada 14 hingga 16 Jun ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Selepas dua tahun kejohanan TSM Golf Challenge ini tertangguh ekoran pandemik Covid-19. Kemunculan edisi ke-12 ini kembali mewarnai kalender sukan golf yang bakal disertai seramai 88 pemain bawah 21 tahun yang sudah tersenarai.

Persatuan Golf Malaysia (MGA) memilih peserta berdasarkan mata yang terkumpul pada kejohanan-kejohanan dalam siri Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) sebelumnya.

TSM Golf Challenge kali ini menawarkan hadiah RM130,000 (Geran Pembangunan Golf) kepada pemenang kategori lelaki dan wanita di bawah kendalian Persatuan Golf Malaysia (MGA).

Biasiswa itu meliputi perbelanjaan untuk tempoh enam bulan hingga satu tahun pada program latihan golf dan penyertaan dalam kejohanan berjadual di wilayah dikendalikan oleh MGA.


Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, daripada 88 pemain itu yang dikenal pasti layak menyertai TSM Golf Challenge kali ini, 52 daripadanya adalah pemain lelaki dan 36 wanita.

Beliau yakin melalui kejohanan-kejohanan yang berprestij peringkat amatur seperti TSM Golf Challenge ini mampu menjadi platform terbaik bagi para peserta menjadi pemain profesional.

“Pemain yang gagal untuk menjadi profesional, mereka juga masih berpeluang dengan akademi golf yang ada di bawah kendalian MGA, mereka juga mampu menempatkan diri ke universiti awam di negara ini dalam bidang golf.


Pengerusi kejohanan TSM Golf Challenge, Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim berkata, kejohanan TSM Golf Challenge kini dimasukkan ke dalam ranking amatur dunia dan ia pastinya menjadi batu loncatan kepada pemain-pemain muda untuk mengumpul mata, seterusnya melayakan diri dalam kejohanan Olimpik.

“Kejohanan ini juga adalah kejohanan terpenting dalam kalendar aktiviti Yayasan TSM Charity Golf (TSMCG) kerana ia adalah platform utama mencari bakat-bakat baharu yang ingin berjaya dalam arena sukan golf sehinggalah menjadi pemain profesional,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran kejohanan TSM Golf Challenge di KLGCC.

“Ini kerana MGA sudah ada memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok bagi program pembangunan golf. Melalui program ini, mereka juga boleh berjaya dalam golf industri walaupun bukan sebagai pemain professional.

Nama-nama seperti Adam Ariff Madzi, Bryan Tan Wei Han, Malcolm Ting Siong Hung, Eidan Ngah Jamzidi, Marcus Lim, Muhamad Ikhmal Basry, Nateeshvar Anatha Ganesh, Rhaassrikanesh Kanavathi, Angel Hii, Foong Zi Yu, Liyana Azizan Durisic, Mirabel Ting Ern Hui, Winnie Ng, Lekisha A/P Sasitharan dan Zulaikah Nurziana Nasser yang turut tersenarai akan merancakkan lagi kancah pertandingan dan persaingan yang hebat kompetitif pada 14 hingga 16 Jun ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: