Bola Sepak Terkini

“Ranking Bahrain tinggi, tidak bermakna kita lemah” – KPG


Foto: FAM

Persedian rapi telah dilakukan Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 bertemu Bahrain pada malam Sabtu.

Pengendali Malaysia, Kim Pan Gon mengakui anak buahnya bakal berdepan satu saingan sengit dari lawan yang berada di ranking ke-89 dunia.

” Walaupun ranking mereka jauh lebih tinggi dari kita, tetapi ia tidak bermakna pasukan kita lemah sebaliknya saya yakin dengan kemampuan pemain untuk meraih keputusan positif dalam aksi pada malam esok.

Kami juga bukan mahu bermain untuk tidak kalah tetapi kami mahu menang untuk kutip tiga mata penuh,” katanya pada sidang akhbar pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau juga enggan memberikan komen tentang kesebelasan pemain yang bakal diturunkan pada aksi tersebut.

“Saya tidak mahu pemain tahu siapa yang akan diturunkan. Nama-nama pemain hanya akan didedahkan beberapa jam sebelum perlawanan bermula,” ujarnya.

Sementara itu, Pengendali Bahrain, Helio Sousa berkata, pasukannya tidak akan memandang rendah dengan keupayaan Harimau Malaya yang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.

Menurutnya, kejayaan Malaysia menewaskan Turkmenistan 3-1 pastinya melonjakkan semangat pasukan tersebut untuk menghadapi pasukannya.

“Pasukan Malaysia memang kuat ketika menentang Turkmenistan dan kita dapat lihat keputusan selepas aksi itu berakhir.

Mereka menggunakan sebaiknya kelebihan di depan penyokong Malaysia dengan sokongan yang amat fantastik diberikan menjadikan seolah mereka bermain dengan 12 pemain,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: