Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Harimau Malaya ‘mengaum’ tewaskan Turkmenistan 3-1


Foto: FAM

Harimau Malaya berjaya menepati sasaran mendapatkan tiga mata pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2023 dengan menewaskan Turkmenistan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Anak buah Kim Pan Gong jelas agresif mengasak kubu lawan sebaik wisel dibunyikan bagi mendominasi perlawanan memburu jaringan awal.

Safawi Rashid berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-11 untuk meletakkan Malaysia di hadapan 1-0 selepas meledakkan jaringan bola yang terlebih dahulu ditampan keluar oleh penjaga gol Turkmenistan.

Selang lima minit kemudian, Faisal Halim terus memastikan Harimau Malaya terus selesa di hadapan 2-0 selepas bijak memanfaatkan bola yang dirampas oleh Ariff Aiman daripada kawalan pemain lawan daan melepaskan rembatan untuk gol kedua.

Bagaimanapun, kealpaan pertahanan negara, Shahrul Saad yang terlepas kawalan bola menyaksikan Turkmenistan berjaya melakukan serangan balas dan merapatkan kedudukan kepada 2-1 hasil jaringan A Altymyrat.

Terkejut jaringan tersebut,  skuad negara kembali menyusun perlawanan dan berjaya menjarakkan jaringan kepada 3-1 hasil jaringan Corbin Ong yang melakukan larian daripada bawah untuk menjaringkan gol pada minit ke-45.

Pada separuh masa kedua, Malaysia dilihat mengendurkan corak serangan sehingga memberikan ruang kepada lawan untuk melakukan beberapa serangan ke kubu skuad negara.

Turkmenistan berusaha mencari jaringan untuk menjarakkan kedudukan namun keputusan 3-1 kekal hingga ke wisel penamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: