Bola Sepak Terkini

Harimau Malaya jangan puas hati, masih ada kelompangan, kata Hamidin


Foto: FAM

Harimau Malaya diingatkan agar tidak lena diulit pujian atas kemenangan dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Brunei dan Hong Kong kerana cabaran lebih sukar menanti pada Kelayakan Piala Asia 2023.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, prestasi pemain masih perlu lebih dipertingkatkan lagi berdasarkan dua aksi persahabatan tersebut.

“Diakui dua kemena­ngan ke atas Brunei dan Hong Kong adalah permulaan baik kepada persiapan kita, namun ia tidak bermakna jika kita tidak lakukan yang lebih baik di pertembungan sebenar.

“Saya ingatkan pemain untuk tidak lena dibuai dengan sanjungan dan pujian, sebaliknya jadikan ia inspirasi untuk terus melawan.

“Dalam kita dipuji, tidak kurang juga ada yang mengkritik, maka terus jadikan pertembungan ini untuk medan membuktikan kemampuan masing-masing.

“Berdasarkan pemantauan saya dalam dua aksi persahabatan ini masih ada kelompongan yang perlu kita baiki kerana kita tidak boleh sesekali memandang rendah lawan, ini tugas penting,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun bertemu para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan pada Isnin.

Skuad kebangsaan kini dalam fasa akhir

menjelang saingan Kmpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan bermula Rabu ini menentang Turkmenistan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: