Bola Sepak Terkini

Ramalan netizen meleset, de Paula dapat kepercayaan


Foto: FAM

Ramalan netizen bahawa pemain naturalisasi, Guilherme de Paula akan digugurkan meleset apabila pemain tersebut muncul antara 23 pemain akhir yang melengkapkan skuad kebangsaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023.

Selain De Paula, turut mendapat kepercayaan adalah Muhamadou Sumareh namun seorang lagi pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi tidak dipilih oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Turut senasib Liridon adalah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Norshahrul Idlan Talaha.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya berkata, Syahmi Safari terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

“FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.
“Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: