Harimau Malaya memperolehi kemenangan kedua pada aksi persahabatan antarabangsa tier 1 apabila terbaru menewaskan
Hong Kong 2-0 di Stadium Bukit Jalil pada Rabu.
Kemenangan ini dilihat sebagai pemangkin semangat buat anak buah Kim Pan Gon yang bakal berdepan Turkmenistan pada aksi pertama Kumpulan E Kelayakan Piala Asia pada 8 Jun.
Ketua jurulatih kebangsaan dalam reaksinya berkata, secara keseluruhan dia berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan di semua bahagian.
Jelasnya, Malaysia berpeluang untuk memperolehi lebih banyak gol pada perlawanan tersebut berdasarkan peluang yang diciptakan oleh pemain-pemainnya.
Gol pertama skuad negara diperolehi menerusi Safawi Rashid hasil sepakan penalti pada minit ke-31 untuk meletakkan mereka di hadapan 1-0.
Sepakan penalti tersebut diperolehi selepas Akhyar Rashid dijatuhkan ke dalam kotak penalti Hong Kong selepas pemain itu dijatuhkan.
Jaringan kedua pula diperolehi menerusi sepakan percuma Safiq Rahim yang terkena seorang pemain pelawat sebelum bola menerjah ke gawang Hong Kong untuk pasukan negara menjarakkan kedudukan 2-0 pada minit ke-90.
Add Comment