Bola Sepak Terkini

Harimau Malaya lepaskan Syahmi


Foto: FAM

Pasukan negara melepaskan pemain pertahanan, Syahmi Safari pada Selasa dari kem latihan pusat selepas dia tidak dapat meneruskan perjuangan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, 8 hingga 14 Jun ini kerana masalah kesihatan.

Pengendali kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, keputusan terpaksa dibuat selepas Syahmi yang dibawa ke hospital untuk ujian perubatan pada Selasa kerana masalah sinus dialaminya semakin teruk telah mendapat nasihat daripada doktor pakar untuk beliau menjalani rawatan susulan dalam kadar segera.

“Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Syahmi daripada kem latihan pusat kali ini.

“Kita benarkan dia dilepaskan agar supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dengan ketiadaan Syahmi, baki 29 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat termasuk bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong, malam esok dan tiada penambahan pemain baharu buat masa ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: