Bola Sepak Terkini

KPG mahu Harimau Malaya agresif hadapi Hong Kong


Foto: FAM

Keputusan positif diburu skuad kebangsaan pada aksi persahabatan kedua menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon mahu anak-anak buahnya bermula dengan agresif untuk mendominasi perlawanan dengan menggunakan taktikal menyerang bagi mendapatkan gol.

Menurutnya, beliau tidak mahu kemenangan diperolehi oleh anak-anak buahnya disebabkan oleh kesilapan bekas pasukannya itu.

“Dalam bola sepak ada dua cara untuk memenangi perlawanan iaitu pasukan perlu bermain dengan cara proaktif iaitu menyerang dan mendominasi perlawanan. Ataupun mereka boleh menang dengan menunggu lawan buat kesilapan dan menghukum mereka.

“Bagi pasukan Malaysia, saya mahu mereka memenangi perlawanan dengan cara menyerang dan mendominasi perlawanan. Kita tidak mahu menang disebabkan kesilapan lawan,” katanya.

Gesanya, aksi menentang Hong Kong adalah penting kerana corak permainan  pasukan tersebut adalah hampir sama dengan Turkmenistan yang bakal dihadapi mereka pada kelayakan Piala Asia nanti.

“Jika pemain Malaysia dapat beraksi dengan cara menyerang dan mendominasi perlawanan menentang Hong Kong, ia akan membantu pasukan dalam kempen kelayan Piala Asia,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading