Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Piala Asia B-23 2022 : mampu lakar kejayaan jika kekal fokus


Foto: FAM

Cabaran besar menanti skuad B-23 apabila diundi bersama juara bertahan Republik Korea Selatan dan dua pasukan musuh serantau Thailand dan Vietnam dalam saingan Kumpulan C.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, walaupun dilihat sukar namun tidak bermaksud Rimau Muda tidak mempunyai ruang dalam kejohanan ini.

Foto: FAM

“Saingan Piala Asia B-23 2022 adalah misi sebenar skuad muda negara ini selepas menggalas cabaran di Sukan SEA Hanoi.

“Jangan cepat berpuas hati, pemain-pemain kena berikan aksi lebih baik. Mereka perlu kekal fokus dan tidak perlu tertekan kerana kita sedar kejohanan pentas Asia ini lebih mencabar,” katanya dalam amanat kepada skuad muda kebangsaan pada hari Jumaat.

Jelasnya, beliau menyuarakan keyakinan bahawa skuad muda negara mampu melakar keputusan baik andai mereka kekal fokus dan mempamerkan kesungguhan tinggi dalam perlawanan.

Skuad Harimau Malaya B-23 akan berlepas ke Tashkent pada Ahad (29 Mei 2022) sebelum memulakan kempen Kumpulan C berdepan Republik Korea pada 2 Jun 2022, Thailand 5 Jun 2022 dan Vietnam 8 Jun 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: