
Aksi bersemangat tinggi dipamerkan oleh Malaysia apabila berjaya menewaskan Brunei 4-0 pada aksi persahabatan tier 1 di Stadium Bukit Jalil pada malam Jumaat.
Kemenangan tersebut bagaimanapun sudah diramal oleh rata-rata peminat Harimau Malaya namun di sebalik aksi tersebut pujian masih diberikan atas usaha dan gerakan untuk menjaringkan gol.
Syafiq Ahmad terlebih dahulu meletakkan skuad negara 1-0 di hadapan pada minit ke-16 selepas menanduk masuk hantaran rakan sepasukan.

Jaringan tersebut meningkatkan lagi semangat skuad kendalian Kim Pan Gon untuk memburu jaringan dan Syamer Kutty Abba merealisasikan perkara tersebut untuk gol kedua pada minit ke-45 untuk kedudukan 2-0.
Jaringan tersebut hasil lorongan Faisal Halim yang sebelum itu bijak mengelirukan pertahanan Brunei.
Dua jaringan tersebut jelas tidak memuaskan hati pemain negara apabola mereka terus mengasak kubu Brunei sebaik separuh masa kedua bermula.
Faisal yang lincah dan menjadi duri dalam daging pasukan lawan akhirnya turut meledak gol pada minit ke-58 selepas menerima hantaran menarik Guilherme De Paula untuk meletakkan tuan rumah 3-0 di hadapan.
Stadium Bukit Jalil kembali bergema buat kali keempat apabila De Paula dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83 untuk memastikan Malaysia keluar sebagai pemenang dengan keputusan 2-0.
Add Comment