Antarabangsa Bola Sepak Terkini

“Kami tidak berani serang Malaysia” – Rosanan


Foto: FAM

Brunei menerima dengan terbuka kekalahan 4-0 kepada Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Bukit Jalil pada malam Jumaat.

Pengendalinya, Rosanan Samak berkata, beliau mengetahui tahap kekuatan pasukannya berbanding pasukan tuan rumah selain tidak berdepan sebarang aksi tahap tinggi sejak setahun lalu.

“Apa sahaja keputusan kita terima. 4-0 kita terima. Saya tahu di mana kelemahan pemain kita.

“Saya tak berani serang Malaysia kerana mereka sudah beberapa kali  beraksi sedangkan Liga Brunei tiada (tiada aksi),” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Foto: FAM

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemain-pemainnya telahpun memberikan saingan kepada Harimau Malaya sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya terima apa sahaja yang dibuat pemain saya. Seperti yang saya katakan, lebih setahun disebabkan Covid-19 dan prosedur operasi standard (SOP) di Brunei.
“Kami hanya dapat berlatih biasa sahaja. Tiada langsung perlawanan dan liga tidak berjalan. Jadi, kita hanya mampu berlatih sahaja,” ujarnya.
Skuad Malaysia memperolehi gol menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-16 diikuti Syamer Kutty Abba (m-45), Faisal Halim (m-58 dan jaringan penalti Guilherme de Paula (m-83).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: