Bola Sepak Terkini

10.5 juta tonton aksi JDT di Youtube


Foto: JDT FC

Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan sebanyak 10.5 juta telah menonton aksi kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) setakat ini membabitkan aksi Piala Sumbangsih, enam perlawanan Liga Super dan dua perlawanan Piala FA.

Menurutnya, kekuatan jenama dan corak permainan menarik yang ditampilkan JDT berjaya menarik minat penyokong bola sepak tempatan dan serantau untuk menyaksikan aksi JDT menerusi siaran langsung di YouTube.

“Saluran YouTube unifi mencatatkan 8.5 juta tontonan untuk aksi Piala Sumbangsih dan enam perlawanan Liga Super melibatkan JDT manakala 1.8 juta tontonan berjaya dicatat untuk dua perlawanan Piala FA.

“Sementara itu laman YouTube The AFC Hub pula merekodkan jumlah sebanyak 260 ribu tontonan untuk enam perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang berlangsung bulan lalu,” katanya.

Angka 10.5 juta ini tidak termasuk angka siaran langsung menerusi saluran unifi TV, RTM, TV Okey dan saluran Astro Arena yang menyiarkan kesemua perlawanan ACL.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d