Bola Sepak Terkini

Aksi lawan Brunei ujian pertama KPG


Foto: FAM

Semua pemain Harimau Malaya perlu memanfaatkan aksi persahabatan menentang Brunei di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat agar kerana menjadi medan Kim Pan Gon untuk menyenaraikan senarai pemain akhir ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Aksi bertemu pasukan Asia Tenggara itu juga menjadi ujian pertama pengendali dari Korea Selatan itu selepas mengalas tugas sebagai ketua jurulatih bolasepak negara.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, aksi beraksi di laman sendiri juga dinantikan oleh penyokong bolasepak  tanah air selepas tempoh dua setengah tahun.

“Perlawanan ini, persahabatan mahupun pertembungan Kelayakan Piala Asia penting, bukan sahaja ia dinantikan penyokong yang sudah sekian lama rindukan aksi Harimau Malaya di laman sendiri tetapi ia adalah pencetus kepada sentuhan pertama jurulatih Kim Pan Gon.

“Berdasarkan pemantauan hari ini saya lihat pemain begitu bersemangat dan komited untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Dilihat juga setiap pemain mahu membuktikan sesuatu dalam memastikan mereka berada dalam radar Kim Pan Gon,” katanya yang dipetik melalui laman Facebook FAM.

Jelasnya, beliau menganggap prestasi dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Brunei, Jumaat ini dan Hong Kong, 1 Jun ini menjadi pemangkin pretasi pemain menjelang saingan sebenar Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.

“Dilihat juga setiap pemain mahu membuktikan sesuatu dalam memastikan mereka berada dalam radar Kim Pan Gon,” kata Datuk Haji Hamidin.

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini akan bermula jam 9.00 malam. Tiket RM30 dewasa dan RM7 kanak-kanak sudah boleh dibeli secara dalam talian di http://www.tickethotline.com.my.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: