Antarabangsa Badminton Basikal Bola Sepak Komentar Olahraga Rencana

KONTINJEN BESAR PINGAT CIPUT


Foto: MSN

 

Bicara Otai Sukan: Oleh Dr Pekan Ramli

Nak ucap SYABAS atau nak ucap TAHNIAH!!!! Serba salah pulak dibuatnya. Kalau tak ucap atau tak puji nanti boleh dituduh tidak berjiwa patriotik, tidak pandai menghargai mereka yang berjasa, bersifat negatif atau kot-kot boleh di cap ‘anti establishment’ pulak nanti. Janganlah begitu ya…..baca dahulu penulisan ini untuk kita renungkan bersama.

 

Akhirnya dalam kepayahan, kontinjen Sukan Sea kita di Vietnam capai sasaran 36 pingat emas (sasaran tidak begitu mencabar). Walaupun alasan pandemik covid-19 (ini alasan sejagat), tiada banyak pertandingan dan tidak tahu prestasi lawan (mereka pun sama juga). Setakat

 

sebelum ‘closing’ Kontinjen Malaysia telah memperolehi 39 pingat emas (3 melepasi sasaran).

 

Namun apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah, ini bukan soal pencapaian pingat emas sahaja. Itu sebabnya saya pernah katakan kepada rakan media (ketika sasaran belum ditetapkan) harap-harap sasaran Sukan Sea Vietnam 2022 kali ini biarlah logik dan praktikal (daripada asyik-asyik tetapkan sasaran yang ‘kalih’ macam mana pun tetap akan tercapai). Sukan Sea aje pun……

 

Namun apakah logik dan praktikalnya apabila kita capai sasaran itu tetapi pencapaian keseluruhan kita adalah antara yang terburuk iaitu di tempat ke-6 daripada 11 buah negara Asia Tenggara (kita hanya di atas Myanmar, Kemboja, Laos, Brunei

 

dan Timor Leste). Itukah ‘standard’ kita dalam konteks sukan kalau melihat betapa gahnya kelebihan-kelebihan yang kita ada???.

Kali terakhir pencapaian terburuk kita adalah pada Sukan Sea 1983 di Singapura dengan pencapaian hanya 16 pingat emas di tempat ke-6 keseluruhan daripada 8 buah negara yang mengambil bahagian dan hanya 18 acara yang dipertandingkan serta cuma 234 pingat emas yang ditawarkan. Kontinjen kita jauh lebih kecil pada ketika itu berbanding sekarang.

 

Di Vietnam ini, 40 acara sukan dipertandingkan dan 525 pingat emas menjadi rebutan tetapi kita di tempat ke-6 keseluruhan juga walaupun 11 negara mengambil bahagian…..kalau ikut fakta di atas serta kelebihan-kelebihan yang

 

negara kita miliki……boleh saya katakan bukan sejak Sukan Sea 1983 Singapura tetapi sebenarnya sejak 1959 Sukan Sea edisi pertama (63 tahun), ini boleh di katakan pencapaian terburuk kontinjen kita dalam sejarah Sukan Asia Tenggara ini.

 

Janganlah kita tak rasa apa-apa yang tidak kena dengan pencapaian ini. Apakah ianya suatu kegagalan atau ianya diselubungi dengan kejayaan mencapai sasaran yang boleh dianggap tidak logik dan praktikal itu.

 

Gembirakah kita??? Berbanggakah kita??? Berpuashatikah kita??? atau tersenyum sumbingkah semua pemegang taruh utama kita dengan pencapaian ini. Kontinjen negara kita kali ini yang ke-empat terbesar (612 atlet) selepas tuanrumah Vietnam (965), Thailand (888) dan Fillipina (656).

 

 

Malangnya negara lain dengan kontinjen lebih kecil seperti Indonesia (449 atlet) dan malah negara kecil jiran kita Singapura (476) atlet berada di kedudukan lebih baik daripada kita. Tidak malukah kita????…atau kita memang sudah ‘imune’ atau ‘dah lali’ kerana sering sahaja dimalukan tewas dalam pelbagai acara sukan.

 

Apakah kita sudah tidak serius untuk meletakan sasaran atau kejayaan yang setimpal dengan jumlah peruntukan kewangan yang begitu besar untuk penyertaan kita dalam temasya sukan dwi-tahunan yang sangat sentimental dan istimewa ini.

 

Tidak nampakkah kita betapa sukan ini penuh dengan tumpahan keringat dan air

 

mata, kegembiraan dan kesedihan. Sukan ini membentuk penyatuan bangsa serta semangat kenegaraan yang tinggi.

Foto: Tuoi Tre

Lihat sahajalah gelagat puluhan ribu penyokong Vietnam di aksi final bolasepak, dan saksikan bagaimana histerianya mereka dan reaksi kepuasan pemain Vietnam apabila muncul juara serta lihat pula kesugulan serta kekecewaan pemain-pemain Thailand yang seakan-akan tidak mahu meninggalkan padang atas kegagalan merampas pingat emas dalam acara bolasepak itu.

 

Begitulah historiknya acara bolasepak ini bagi kedua-dua negara itu. Kita pula gagal dalam misi mendapat pingat…..oklah tu masuk semi-final kerana memang kita tidak meletakan sasaran pingat pun. Kita

 

cuma cuba nasib je…..untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

 

Mungkin dah sampai waktunya kita juga perlu lebih serius dalam penyertaan kita pada temasya Sukan Asia Tenggara ini. Sejak edisi pertama1959, kita cuma pernah muncul juara keseluruhan sebanyak 2 kali, itu pun waktu menjadi tuanrumah pada 2001 dan 2017. Kita tidak pernah membuktikan bahawa kita bukan sekadar jaguh kampung.

 

Berbanding Thailand (13 kali juara keseluruhan), 7 kali ketika negara lain menjadi tuanrumah. Begitu juga Indonesia (10 kali juara keseluruhan) dan 5 kali ketika negara lain menjadi tuanrumah. Begitulah hebatnya mereka walaupun ‘trend’ temasya Sukan Sea kini telah terpesong kerana hampir pasti juara

 

keseluruhan akan menjadi milik tuanrumah. Jadi, jangan risau kerana kita akan muncul juara keseluruhan dengan pencapaian lebih seratus pingat emas pada temasya 2027 nanti.

 

Apapun, mari kita lihat tentang pencapaian di Vietnam kali ini. Mengapa hampir separuh atau mungkin lebih banyak pencapaian pingat emas kita kali ini diperolehi daripada atlet dan sukan yang bukan dalam sasaran radar pingat emas. Yang disasarkan pingat emas pula kali ini banyak yang tersasar.

 

Sukan-sukan lubuk emas kita dahulunya sudah semakin ke laut. Renang hanya dapat 1 pingat emas sahaja di Vietnam kali ini dan hanya 2 pingat emas di Fillipina 2019. Bayangkan acara renang ini menawarkan 40 pingat emas. Seperti ‘one

 

shot’ terlalu mudah untuk Singapura menyapu 21 pingat emas dari kolam renang. Pencapaian terbanyak kita dari kolam renang adalah 11 pingat emas pada Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur.

 

Persoalannya, apakah tiada lagi program melahirkan perenang-perenang negara seperti Nurulhuda Abdullah, Jeffry Ong, Lim Keng Liat, Daniel Bego, Welson Sim dan Siow Yi Ting. Nasib baik lubuk emas kini berpindah kepada sukan terjun.

Foto: MSN

Terlalu banggakah Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana mencapai sasaran 5 pingat emas kali ini sedangkan kesemuanya datang daripada acara padang. Malah olahraga bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dua pingat emas datangnya bukan daripada atlet dan acara (bidan terjun) yang disasarkan.

 

Kesemua acara larian gagal menyumbang pingat emas sedangkan acara olahraga adalah antara lubuk emas kita pada temasya Sukan Sea sekitar tahun 90an.

 

Begitu juga dengan sukan boling yang dulunya antara lubuk emas tetapi kali ini kemarau tanpa sebutir pingat emas di Vietnam.

 

Semoga pembangunan sukan negara kita kembali ke landasan terbaik. Jangan semuanya satu demi satu terjunam ke laut…….

 

Tamat


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: