
Presiden Persatuan Bolasepak Kedah KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak mahu dilabelkan sebagai ‘derhaka’ dan mengambil keputusan tidak mahu mengulas cabaran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Terdahulu TMJ menggesa Menteri Besar Kedah itu mendedahkan siapa individu di sebalik ‘tokong’ yang diperkatakan dengan menyatakan semua dakwaan yang dimaksudkan termasuk menyertakan bukti dan fakta.
“Soalan itu (Gesaan TMJ agar dedahkan siapakah ‘tokong’) tak usah tanya, provokasi..’no comment’. Nanti depa kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa update (tulis) kata lawan raja, derhaka…ini bola sepak derhaka apa, jadi (cukup) la,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) di Kulim pada Isnin.
Pada Pagi Isnin, TMJ melalui twitternya mahu Muhammad Sanusi berterus-terang tentang siapakah individu didakwa sedang mengatur Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mahu Menteri Besar Kedah itu berterus-terang dan bukannya membuat cerita sensasi.
Add Comment