Bola Sepak Terkini

TMJ mahu MB Kedah sebut siapa atur Liga-M


Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berterus-terang tentang siapakah individu didakwa sedang mengatur Liga Malaysia (Liga-M)

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mahu Menteri Besar Kedah itu berterus-terang dan bukannya membuat cerita sensasi.
“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh.

“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan ‘rating’. Sikap tipikal ahli politik,” tulis TMJ pada laman Twitter miliknya pada Isnin.

Muhammad Sanusi pada Sabtu mengulangi dakwaan bahawa terdapat individu yang mahu pihak tertentu mengikut telunjuknya dalam bolasepak tanah air.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dahulu.
“Lepas itu dia pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semuanya,” ujarnya.
Sebelum itu, Presiden KFA itu telah mengeluarkan kenyataan sukan bola sepak untuk semua dan bukannya individu tertentu sehinggakan ada yang perlu menyembah ‘tokong’.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini jadi perhatian banyak pihak berikutan terdapat beberapa kejadian yang didakwa sangat pelik pernah berlaku dalam arena bola sepak tanah air.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: