Bola Sepak Terkini

Tidak takut ketiadaan Syafiq, Kedah adalah kilang bakat – Sanusi


Foto: UPDA

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melihat kepulangan Syafiq Ahmad ke JDT tidak menjejaskan persiapan Sang Kenari.

Menurutnya, Kedah Darul Aman (KDA) FC pasti akan mencari penyerang tersebut secepat mungkin semasa jendela perpindahan kedua pemain dibuka pada penghujung Mei ini.

“Saya tidak takut dengan ketiadaan dia (Syafiq) kerana kita ini macam ada kilang yang melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti. Pasukan Selatan sendiri ambil dua, tiga orang pemain Kedah, jadi apa nak hairan.

“Ramai lagi pemain lain yang bagus, kita tengoklah siapa yang akan ganti kelak. Kita carilah pemain yang baik-baik,” katanya semasa ditemui pemberita pada Sabtu.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menyantuni anak-anak muda dalam program Santai Anak Utara Raya petang tadi di Taman Jubli Emas Alor Setar, dekat sini.

Jelas Muhammad Sanusi, JDT juga mempunyai hak memanggil semula Syafiq kerana terdapat dalam perjanjian pinjaman.

“Lagi satu, kenapa hendak salahkan saya Syafiq dipanggil semula ke JDT.

“Dalam perjanjian pinjaman, pasukan asal memang boleh ambil semula pemain pinjaman pada bila-bila masa dan tiada siapa yang boleh halang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan tindakannya mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ‘tokong’ menjadi punca JDT memanggil semula Syafiq menyertai pasukan tersebut.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: