Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon terkejut dengan kualiti yang dipamerkan pemain yang dipanggil menyertai latihan pusat di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada
Menurutnya, kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain meningkatkan lagi rasa terujanya untuk membantu bolasepak Harimau Malaya agar lebih maju pada masa hadapan.
“Kualiti pemain jauh lebih baik daripada yang saya jangkakan. Saya gembira dengan suasana ini apatah lagi saya mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).’
“Pemain memberikan komitmen penuh. Jadi semuanya dalam keadaan yang baik. Satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan adalah berikan yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka berikan kepada saya,” katanya seperti dipetik melalui portal BH pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Mengulas lanjut, beliau akan cuba melakukan hal terbaik dengan memberikan komitmen100 peratus.
“Saya tidak boleh berikan kemenangan dalam setiap perlawanan yang kita harungi tetapi sekurang-kurangnya saya berikan 100 peratus komitmen, fokus dan berjuang untuk anda.
“Itu yang boleh saya katakan dan saya begitu menghargai sokongan yang diberikan. Jadi saya akan terus lakukan kerja saya bersama skuad kebangsaan,” ujarnya.
Skuad kebangsaan kini dalam rangka persiapan mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun.
Aksi persahabatan itu sebagai persiapan berdepan tiga perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Add Comment