Bola Sepak

Tetap hero di hati rakyat Malaysia


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyifatkan skuad Harimau Malaya B-23 sebagai hero  di hati rakyat Malaysia walaupun tewas pada separuh akhir bolasepak lelaki Sukan Sea Hanoi.

Semalam, skuad junior negara tewas tipis 0-1 kepada pasukan tuan rumah kejohanan Sukan SEA 2021, Vietnam dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki selepas berjuang 120 minit di Stadium Viet Tri.

Menurut Hamidin, beliau menganggap persembahan skuad negara yang tidak dibarisi tiga pemain lebih umur berbanding pasukan tuan rumah, wajar dipuji sekali gus beliau percaya masa depan barisan pemain muda ini cukup cerah.

“Mereka adalah ‘hero’ di dalam hati rakyat Malaysia. Benar, mereka kalah di atas padang tetapi skuad muda negara kita telah membuktikan sesuatu kepada semua orang dengan persembahan mereka malam tadi.

“Satu kekalahan yang agak menyakitkan kerana kita telah menyaksikan betapa komited mereka sepanjang beraksi 120 minit.

“Namun saya percaya pertemuan dengan Vitenam semalam tidak akan melemahkan kita sebaliknya akan menguatkan semangat lagi pemain-pemain kita di masa akan datang,” katanya selepas menyambut ketibaan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney di Hanoi, semalam.

Malaysia akan bertemu Indonesia bagi penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh Hanoi pada Ahad


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: