Bola Sepak Terkini

Sri Pahang hampakan JDT raih tiga mata


 

Foto: MFL

Usaha JDT untuk mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut dihampakan oleh Sri Pahang FC apabila terikat 2-2 pada aksi Liga Super 2022 pada Rabu.

Beraksi di laman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim memberikan kelebihan kepada JDT apabila Bergson Da Silva terlebih dahulu menjaringkan gol pertama menewaskan Mamadou Samassa pada minit ke-16.

Sri Pahang FC bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi Saiful Jamaluddin yang menjaringkan gol penyamaan dari jarak 30 meter untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-38.

Tok Gajah terus memberikan tekanan kepada tuan rumah apabila Hidalgo meletakkan pasukannya 2-1 selepas tenang menyempurnakan penalti pada minit ke 41.

Pada babak kedua, JDT mengandakan tempo serangan untuk memburu gol penyamaan dan serangan bertali arus dilakukan ke arah gawang gol Sri Pahang FC.

Mereka akhirnya memperolehi sepakan penalti pada minit ke-88 selepas Bergson dikasari pemain pelawat di dalam kotak penalti.

Pemain Brazil tersebut mudah menyempurnakan jaringan gol bagi memastikan JDT berjaya menyamakan kedudukan 2-2.

Harimau Selatan kemudian mengandakan asakan untuk terus memburu gol kemenangan selepas masa tambahan diberikan selama enam minit, bagaimanapun keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat.

Biarpun mencatatkan keputusan seri, JDT masih kekal sebagai pendahulu Liga Super dengan 16 mata selepas enam perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: