Bola Sepak Terkini

Optimis kemampuan Rimau Muda berdepan Vietnam


 

Foto: FAM

“Saya tetap berbangga dengan pencapaian skuad muda negara tidak kira apa jua keputusan yang berlaku pada malam esok,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau keadaan semasa pasukan Harimau Malaya B-23 di Hotel Muong Thanh, Phu Tho pada Rabu.

Skuad kendalian Brad Maloney menggalas misi getir menghadapi aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2021 bertemu pasukan tuan rumah, Vietnam di Stadium Viet Tri, jam 8.00 malam esok (waktu Malaysia).

Menurut Hamidin, beliau kekal optimis dengan kemampuan barisan pemain muda negara untuk berdepan pasukan tuan rumah kejohanan yang dianggap sebagai pilihan dalam kejohanan temasya dwitahunan ini.

“Namun kata orang, ‘pantang berundur sebelum berjuang’ dan kita harus ingat bahawa sentimen anak Malaysia adalah pantang menyerah dan pantang dicabar.

“Harapan saya adalah pemain-pemain bermain demi negara, bukannya untuk nama kerana apabila kita berjuang demi Malaysia, auranya inilah bakal menjadi penyuntik motivasi terbaik untuk kita berdepan Vietnam nanti,” katanya lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: