Antarabangsa Lain-Lain

Ketandusan emas golf 21 tahun berakhir


Kejayaan Ervin Chang menghadiahkan emas dalam sukan golf kepada Malaysia pada Sukan Sea Hanoi merupakan khabar yang sangat baik sejak kali terakhir memenanginya 21 tahun yang lalu. Ianya juga membuktikan bahawa sukan golf di Malaysia mampu berkembang dan mempunyai potensi yang cukup tinggi terutamanya pada generasi muda Malaysia. Selain menjadi pembakar semangat kepada semua pemain golf, kelab-kelab golf juga seharusnya beriltizam dan saling melengkapi antara satu sama lain terutamanya dalam pengurusan dan kemudahan yang terbaik kepada mereka.

Saya percaya Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang diterajui oleh Tan Sri Datuk Mohd Anwar Mohd Nor telah memainkan peranan yang baik. Kesinambungan ini harus dilihat agar semua kelab – kelab golf dapat berusaha dengan gigih untuk melahirkan pemain-pemain muda seperti Ervin. Sukan golf harus dilihat melalui perspektif sukan dan bukannya secara eksklusif. Malah sukan golf harus menjadi satu budaya sukan untuk semua peringkat. Saya selaku Presiden Golf Junior Malaysia (MGJA) juga pernah menekankan objektif kami seperti mempromosikan sukan golf kepada anak muda dan mencungkil serta mengasah bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa melalui kerjasama latihan dengan institusi pengajian awam serta swasta.

Bakat seharusnya dicungkil, diasah dan digilap dengan minat serta Kerjasama daripada kelab golf mampu membawa seorang pemain golf itu dari peringkat amatur sehinggalah profesional. Sudah tiba masanya, sukan golf ini menjadi lebih inklusif agar minat serta pendedahan kepada rakyat dapat didekatkan.

TAMAT


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: