Antarabangsa Komentar Sepak Takraw

TAKRAW KITA KE LAUT LAGI


Bicara Otai Sukan

Oleh: Dr Pekan Ramli

Entah sampai kapankah kita akan terus diperkotak-katikkan dan mudah sahaja di libas dek Thailand dalam sukan Sepak Takraw ini. Kalau bercakap sering tidak mahu kalah, “oooo….kita yakin….kita yakin dapat menggugat Thailand di Sukan Sea kali ini”.

Macam biasalah, ini kenyataan yang sangat positif dan penuh dengan janji kepalsuan dan bahkan juga seperti suatu kenyataan turun-temurun pada setiap kali datangnya edisi sukan serantau ini (musuh ketatlah kononnya, walhal dah tak ketat manapun, ternyata jelas dah longgar dan dah tak terasa padatnya).

Bab komen positif ini memang saya tabik

Foto: STL

 

pada dia orang. Mestilahkan, Sepak Takraw League (STL) kita kan hebat. Lipat sana, lipat sini…..terpukau kita dengan aksi akrobatik “‘killer-killer’ yang menggerunkan tatkala ditayangkan ‘live’ pulak tu setiap ‘matches’ di saluran sukan ‘tersohor lagi eksklusif’ negara kita ini. Kalau tengok aksi mereka di STL tu tak padanlah pulak dengan ‘result’ di Vietnam ni.

Tau-tau kecundang lagi dibelasah 0-3 oleh Thailand, ‘straight game’ dan mereka menang mudah dalam kesemua regu. Sekaligus sandaran satu pingat emas acara berpasukan sudah ke laut. Sedih juga, nampak macam tak melawan, entahlah agaknya kita ni masih bermain ‘sepakraga’ barangkali!!!

Sudah 31 tahun atau telah melepasi sambutan jubli perak (tempoh 25 tahun)

kita gagal memenangi pingat emas acara berpasukan ini. Agaknya mampu ke kita merampas pingat emas acara berpasukan ini hingga ke sambutan jubli emas (tempoh 50 tahun) mendatang daripada negara Gajah Perang ini. Allahhuallam…….
Kalau ahli persatuan dan gabungan asyik syok sendiri, banyak berpolitik dan nak bercakaran je kerjanya macam mana nak pikir untuk cari kaedah untuk ‘tapau’ Thailand ni.

Foto: Astro Arena

Kata ‘killer’ Thailand, Pornchai Kaokaew, ‘saya lihat Sepak Takraw Malaysia tiada kemajuan, kebanyakan masih di takuk lama’ selepas mereka menang pingat emas menewaskan skuad kita dalam acara berpasukan Sepak Takraw Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Stadium Titiwangsa. Nasib baik kita menang satu pingat emas acara antara regu, itu pun

tabik dan terima kasih pada ‘Tok Mat’ yang hebat hingga boleh ‘kawtim’ supaya Thai tak masuk acara antara regu. Kalau tidak ‘melopong’ kita macam yag berlaku di Sukan Sea Fillipina 2019. Dah takde ‘kawtim’ lagi dan Thai sapu bersih pingat emas acara berpasukan dan antara regu.

Tambah menyedihkan dan menyakitkan hati di Vietnam ini, Thailand masih boleh turunkan ‘otai-otai’nya yang masih berbisa, bukan berbisa sahaja malah ‘sangat beracun’ seperti di Fillipina, 3 tahun lalu. Senang je mereka ‘tapau’ skuad takraw kita. Pornchai Kaokaew ‘killer legend’ Thailand yang dah masuk ke usia 41 tahun, diikuti dengan Pattarapong Yupadee, ‘feeder’ terbaik sepanjang zaman Thailand dah berusia 39 tahun, masih ‘steady’ dan ‘relax’ dan senyum mengapungkan bola walaupun datanglah

 

habis laju servis tekong atau rejaman ‘killer’ Malaysia. Koleksi pingat emas mereka ini dalam sukan Sepak Takraw di peringkat serantau, Asia dan Dunia ni pun dah melimpah ‘gerobok’ rasanya.

Apa lagi agaknya ilmu yang kurang kepada pemain-pemain kita ya??? Kalau dengar pakar-pakar, para jurulatih, pegawai-pegawai dan bekas-bekas pemain mengulas di televisyen memang hebat-hebat belaka. Kadang-kadang dengar ‘expert’nya lebih hebat dari ‘commentator’nya.

Nak kata skuad Sepak Takraw atau pemain kita ni tak pernah berguru di Thailand, saban tahun ada sahaja pertandingan yang disertai bersama-sama mereka. Atau ialah kaedah berguru ni mungkin ‘Tok Guru’ tak bagi habis

‘jurus’nya, takut anak murid derhaka nanti.

Itu pun mungkin juga…..atau maksudnya mungkin kita kena berguru cari ‘Tok Sami’ pulak, baru dapat penuh ilmu dan jurusnya…..ha ha….Yelah takkanlah ‘Tok Sami’ kedekut ilmu….tak gitu….

Foto

Foto: Bangkok Post

Lagipun kita sekarang ni kita bolehlah petik-petik ilmu dari pemain Thailand ni. Ramai juga pemain Thailand beraksi dalam STL, cuma yang datang beraksi ni pun yang ibarat kalau kita beli ‘laici’ dalam tin yang gred isinya dah pecah-pecah dan rasa manisnya lain sikit berbanding yang gred ‘AAA’ atau yang ‘stated WHOLE’ tu dengan isinya bulat sebiji-sebiji serta airnya bersih serta rasa manis yang lazat. Ibarat kalau pemain yang gred ni (Pornchai, Pattarapong, Kamchan Sittipong) dan yang lain-lain ni……mana

maunya datang main kat STL ni……he he

Atau kita kena ada kaedah kejurulatihan sendiri yang luar biasa (berfikiran di luar kotak). Mungkin memantapkan kemahiran ‘akrobatik’ supaya badan menjadi lebih ‘fleksibel’ dengan tahap kelenturan yang luarbiasa. Sudah pasti ia membantu mengurangkan atau menjimatkan banyak tenaga ketika melakukan lompatan yang kerap khususnya bagi seorang ‘killer’.

Atau mungkin biasa dibuat berlatih menggunakan ‘net’ yang sedikit tinggi daripada ketinggian biasa. Jadi pikirkanlah apa sekalipun tekniknya, kadang-kadang nampak pelik atau boleh dipersendakan tapi mungkin itu kaedah terbaik untuk kita ‘apply’ dalam latihan dan mampu diadaptasi oleh pemain dan yang paling penting ianya berkesan untuk menjadi

lebih baik dari Thailand.

Kalau servis mereka begitu konsisten dengan kelajuan mencecah 70-80 km sejam, kita mungkin kena pastikan servis kota mencapai tahap kelajuan lebih 80km sejam (contoh…). Tapi ini bukan soal kelajuan sahaja tetapi ia juga soal ketepatan, sasaran untuk mendapatkan mata, variasi servis yang sukar di baca lawan dan yang paling penting adalah konsistensi.

Bagaimana pula dengan aspek bertahan, untuk bersedia menghadapi servis-servis yang laju dan tajam serta ke arah sasaran-sasaran yang sukar daripada pemain-pemain Thailand. Mampukah pemain kita mengapungkannya dengan mudah dan bola menjadi stabil untuk kita kembali menyerang.

Manakala aspek terakhir yang perlu ditekankan adalah kekuatan psikologi dan kebijaksanaan dalam membuat tindakan penyudah. Tetapi ianya mesti datang bersekali dengan tahap kecergasan yang tinggi serta kompeten dalam segala teknik yang ingin digunakan.

Pada ketika kita asyik menganggap Thailand adalah musuh ketat kita tetapi diam tak diam sukan Sepak Takraw kita pun dah terbuai impian seperti skuad Harimau Malaya, kita bukan lagi bersaing untuk kedudukan juara atau jaguh di Asia Tenggara ini.

Sedarlah diri, bangkitlah dari lamunan, tampar pipi masing-masing…..jangan terbuai mimpi dengan sejarah silam……..sebenarnya selepas

Thailand….kita sudah sebaris dengan negara-negara lain Asia Tenggara….tolak tepi Thailand……bila-bila je negara lain tu boleh ‘membahan’ kita.

Ingat ya…….., kita bukan lagi main ‘sepakraga’…..

Tamat


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: