
BENDAHARI Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Dato’ Razlan Razali telah meletak jawatan yang disandangnya itu bagi menumpukan perhatian kepada pelaburan peribadinya.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan MAM, Razlan telah menjadi tonggak utama dalam arena sukan permotoran selama beberapa dekad.
“Minatnya terhadap perlumbaan dan acara telah membawa kepada tempoh perkhidmatannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di mana beliau memupuk suasana yang mengujakan untuk acara antarabangsa seperti F1 dan MotoGP.
“Dedikasinya terhadap sukan permotoran dua roda telah menghasilkan penubuhan pasukan perlumbaan SIC dan, akhirnya, Pasukan MotoGP RNF Racing miliknya sendiri.
“Sepanjang kerjayanya, pembangunan bakat penunggang telah kekal menjadi matlamat utama,” ujar kenyataan media tersebut.
Tambahnya lagi, MAM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Razlan atas perkhidmatannya selama bertahun-tahun kepada MAM dan komuniti sukan permotoran yang lebih luas.
“Bagi pihak semua orang di MAM, dan mendoakan semoga beliau berjaya dalam usahanya pada masa hadapan. MAM berharap dapat terus berhubung rapat dengannya pada masa hadapan,” tegasnya.





Add Comment