Antarabangsa Badminton

Doakan pasukan Piala Thomas kita!


Rakyat Malaysia perlu terus memberikan sokongan kepada skuad Piala Thomas negara yang berjaya mara ke suku akhir dan bakal bertemu India pada malam ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata demikian melalui laman media sosialnya selepas menghubungi pemain negara, Lee Zii Jia melalui panggilan video selepas Malaysia mengejutkan Jepun 3-2 di peringkat kumpulan pada Rabu.

“Lee Zii Jia berjaya mengalahkan pemain No 2 Dunia – Kento Momota (Straight Set) dalam aksi di #ThomasCup2022.

Sempat call Zii Jia tadi ucap tahniah. Kemaihh hang Zii Jia!,” tulisnya.

Skuad negara melengkapkan kemenangan manis ke atas Jepun selepas sebelum ini mereka mengalahkan England 5-0 dan USA 5-0.

Reezal Merican yang kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap rakyat Malaysia juga dapat mendoakan skuad Piala Thomas mara lebih jauh dalam kejohanan pada edisi kali ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: