Antarabangsa Badminton Olahraga Terkini

ATLET BADMINTON PEKAK NEGARA CIPTA SEJARAH EMAS, PERAK DAN GANGSA UNTUK MALAYSIA


Foto: MSDEAF

Caxias do Sul. Brazil 11 Mei 2022.

Bergu Wanita Pekak negara, Boon Wei Ying/ Foo Zu Tung memahat sejarah negara dengan meraih pingat emas pertama untuk Malaysia petang tadi.

Wirawati-wirawati Pekak negara ini turun ke gelanggang pertandingan dengan berbekalkan pengalaman mereka berganding di Deaflympic Games, Turki 2017 dan bermain dengan cukup cemerlang pada hari ini.

Mereka berjaya menewaskan gandingan bergu ranking nombor satu Pekak dunia Jung-Yu Fan/Yan-Ru Shen yang juga pemenang Perak Deaflympic Games Turki dengan keputusan 21-14, 5-21, 21-18.

Foto: MSDEAF

Kemenangan bersejarah ini menamatkan penantian 21 tahun kemarau pingat emas di Sukan Deaflympic setelah Zana Azizul Ujang mendapatkan pingat emas di Sukan Deaflympic, Rom Itali tahun 2001.

Gandingan Boon Wei Ying/Edmund Teo Seng Keong turut membuat kejutan dalam acara bergu campuran dengan mendapat pingat Perak untuk negara. Mereka tunduk kepada pasangan Abhinav Sharma/Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Boon Wei Ying juga berjaya mendapatkan pingat gangsa buat negara setelah tunduk kepada Jevlin Jayaratchagan di separuh akhir tapi untuk perebutan pingat gangsa Boon Wei Ying menang percuma kerana kem kontinjen Jepun dikuarantin kerana Covid-19.

Ketua jurulatih badminton negara, Sabrina Chong ternyata insan yang paling gembira dan berpuas hati dengan pencapaian anak-anak didiknya menghadiahkan 3 pingat buat negara
dan pencapaian ini ternyata cukup cemerlang.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading