Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Hadi Fayyadh bantu ikat Kemboja


Foto: FAM

Dua jaringan Hadi Fayyadh Abd Razak  berjaya membantu Malaysia bangkit mengikat Kemboja 2-2 pada aksi akhir Kumpulan B Sukan Sea 2022 di Hanoi pada Isnin.

Rimau Muda yang sudahpun layak ke peringkat separuh akhir ketinggalan 1-0 kepada lawan pada minit akhir separuh masa pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan oleh Choun Chanchav.

Sepakan penalti itu susulan bola terkena tangan Quetin Cheng yang berusaha mengeluarkan bola daripada kotak penalti pasukan negara.

Malaysia kembali bangkit mengikat Kemboja 1-1 menerusi jaringan Hadi Fayyadh yang juga melalui sepakan penalti selepas pemain sayap negara, Syafik Ismail dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kemboja tidak mengalah apabila kembali berada di hadapan 2-1 menerusi serangan balas pantas dan jaringan dihasilkan oleh Ky Rina pada minit ke-60.

Hadi Fayadh muncul wira apabila membantu pasukan negara bangkit mengikat lawan 2-2 pada minit ke-67 selepas memanfaatkan hantaran Luqman Hakim Samsudin melalui serangan pantas.

Malaysia bakal menanti lawan dua pasukan terbaik Kumpulan A iaitu Vietnam ataupun Indonesia.

Lawan pasukan negara bakal diketahui selepas satu lagi perlawanan Kumpulan B membabitkan Thailand menentang Laos pada malam Isnin.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading